Thursday, December 17, 2009

Ulasan Buku : Analisis Data

Siasatan dijalankan bagi mendapatkan bukti yang mana akan memberi jawapan kepada persoalan dan seterusnya memperjelaskan mengapa perubahan perlu atau tidak perlu dilaksanakan dalam penambahbaikan sesi P&P. Bukti-bukti dikumpulkan menggunakan instrumen-instrumen pengumpulan data, di mana instrumen-instrumen yang dibangunkan adalah bertujuan mengurangkan bias dan memperoleh kebolehpercayaan dan kesahan.

Menurut buku ini data mentah telah dikumpul dari pelbagai sumber, strategi/teknik dan episod kajian (triangulation ) kini perlu dikaji semuanya dan dibuat kesimpulan berdasarkan pelbagai bukti yang dicatatkan untuk kenal pasti kelainan dari segi tema iaitu merujuk kepada idea-idea konsisten yang muncul, insiden iaitu merujuk bagaimana sesuatu itu wujud atau bilangan respon persoalan yang memperkataan tentang perkara yang sama, pola iaitu merujuk masa ianya muncul - samada sendiri atau secara kelompok dan trend merujuk kepada kekerapan pola tersebut.

Dengan membandingkan data-data yang diperolehi, maka huraian atau penjelasan dapat dikenalpasti dan dihitung.

Penganalisisan adalah langkah penting dalam memberikan penjelasan tentang apa yang berlaku - bukan sekadar beri gambaran tentang apa yang berlaku.

Saturday, November 21, 2009

Tugasan 4 : Aktiviti 7 - Kelemahan Pengajaran Subjek

Perkembangan Terkini Dalam Kajian Tindakan

Individu:

  • Pelajar mudah bosan kerana gaya pengajaran tidak pelbagai.
  • Guru berkuasa di dalam kelas - kekangan masa untuk pelajar menyatakan pendapat atau persoalan.
  • Penglibatan pelajar di dalam kelas juga kurang dan kadangkala tiada langsung.


Perbincangan ahli kumpulan:

  • Matlamat pengajaran sukar dicapai.
  • Hubungan sehala membuatkan pelajar pasif dan kurangnya komunikasi antara pelajar dan guru.
  • Membentuk pelajar yang kurang berkeyakinan dalam memberikan pandangan dan idea.


Pendapat kumpulan lain:

  • Penggunaan kaedah konvensional tidak sesuai digunapakai untuk pelajar lemah. Hal ini kerana pelajar lemah kurang membaca.
  • Menyekat guru menjadi lebih kreatif kerana terikat dengan kehendak sekolah.

Tugasan (4) : Aktiviti 4 - Cadangan tajuk mini kajian


Tajuk Pilihan :

PENGINTEGRASIAN KIT PENGAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) BAGI PELAJAR-PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS


Tugasan 4 : Aktiviti 6 - Kekuatan pengajaran subjek

Perkembangan Terkini Dalam Kajian Tindakan
Individu:

  • Kebanyakan tajuk diajar secara 'hands-on'. Oleh itu, walaupun pelajar berasa bosan dengan tajuk yang diajarkan, mereka terpaksa ikuti juga.
  • Mudah untuk kenalpasti pelajar faham atau tidak dengan tajuk yang diajarkan. Ini kerana biasanya di akhir sesi kelas, pelajar perlu tunjukkan jawapan kepada 'hand-out' yang diberikan.

Pandangan ahli kumpulan:


  • Pengajaran lebih berpusatkan guru yakni komunikasi sehala. Guru lebih bersifat dominan dalam pengajaran.
  • Pengurusan kelas dan penerimaan maklumat lebih terkawal serta sahih.
  • Silibus pelajaran dapat dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan oleh sekolah (matlamat sekolah tercapai).

Pendapat kumpulan lain:

  • Pelajar dilihat lebih banyak membaca memandangkan kaedah sedia ada yang digunakan guru menuntut pelajar lebih bersedia sebelum P&P berjalan.
  • Pelajar lebih menumpukan perhatian dalam pengajaran.


Tugasan 4 : Aktiviti 8 - Cadangan untuk mengatasi masalah

Perkembangan Terkini Dalam Kajian TindakanIndividu:
  • Penggunaan kit pengajaran membantu menarik minat pelajar ketika sesi P&P. Ini kerana, kit yang disediakan akan mengandungi set BBM yang cukup digunakan untuk digunakan pada satu-satu sesi P&P. Oleh itu, pelajar tidak sempat untuk berasa bosan.
  • Bagaimanapun, guru masih perlu merancang aktiviti-avtiviti yang akan melibatkan semua pelajarnya supaya mereka aktif sepanjang sesi P&P dijalankan.
  • Guru juga mesti peka kepada perubahan 'mood' pelajar sepanjang sesi P&P berlangsung dan mesti cekap memikirkan penyelesaian dengan membuat suatu tindakan yang dapat mengembalikan 'mood' belajar pelajarnya yang hampir hilang.

Perbincangan ahli kumpulan:

  • Penggunaan kit pengajaran dilihat sebagai satu alternatif dalam menyelesaikan masalah guru untuk menarik minat dan memberi kefahaman kepada pelajar dalam proses P&P. Penggunaan kit pengajaran ini jika berjaya dilaksanakan mampu mempertingkatkan pencapaian pelajar.
  • Memperbanyak dan memperbagaikan penggunaan BBM dalam pengajaran.
  • Guru perlu mempertingkatkan kreativiti melalui pelbagai sumber (bacaan, internet, dan sebagainya). Usaha untuk menarik minat pelajar juga perlu dipelajari melalui pemahaman dan penggunaan kaedah pengajaran yang pelbagai.

Pendapat kumpulan lain:
  • Guru perlu menjana idea idea-idea baru.
  • Teknik pengajaran guru juga perlu dipelbagaikan. Guru juga perlu memperbaiki teknik berkomunikasi (intonasi, sebutan dan sebagainya).

Tugasan 4 : Aktiviti 9 - Matlamat dan persoalan tentang mini kajian tindakan

Perkembangan Terkini Dalam Kajian TindakanMatlamat kajian tindakan :

Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar lebih berkesan dan efektif.

Bentuk Objektif Kajian:

· Meneroka penggunaan kit pengajaran dalam proses P & P

· Melihat perubahan tingkah laku pelajar

Bentuk soalan kajian:

· Bagaimana pengintegrasian kit pengajaran dalam P & P hendak dilaksanakan?

· Adakah perlaksanaan kit pengajaran memberikan sebarang kesan positif dalam proses P & P?